Assalamualaikum wth dan salam sejahtera
Pertama sekali saya panjatkan rasa syukur kehadrat Allah SWT di atas segala
Rahmat dan Nikmat yang diberikan dan semoga segala Rahmat dan Nikmat ini
dapat dikongsikan bersama, saya yakin sekiranya kita memberikan 1 peluang
kepada orang yang memerlukan, Allah SWT pasti akan membuka banyak peluang
untuk kita usahakan dan adakalanya apa yang kita miliki hari ini mungkin
ada hak orang lain yang perlu ditunaikan yang mana Allah SWT jadikan kita
sebagai penyebab, inilah yang dikatakan berkongsi perniagaan dan berkongsi
keuntungan maka nikmat yang Allah berikan dapat dikongsikan bersama.
Tidak lupa kepada ibu yang dikasihi yang
telah banyak berkorban melahir dan membesarkan saya dalam keadaan kemiskinan,
kedaifan dan kesempitan hidup, seorang ibu tunggal yang tabah membesarkan
kami dengan air mata dan keringat tulang empat kerat semoga pengorbanan
doa dan harapan ibu yang tak putus-putus mendapat Rahmat dari Allah SWT
dan diberikan kesempatan menikmati kejayaan anak-anak.
Kepada isteri yang banyak berkorban ketika
dalam kesusahan sanggup lalui kehidupan dengan air mata ketika sama-sama
kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan, kenangan bawa bakul makan
nasi beralaskan kotak tidak dilupakan sampai bila-bila, semoga pengorbanan,
kesabaran atas ketentuan Allah diwaktu susah yang dilalui menjadi kenangan
yang tidak akan dilupakan. Juga buat anak-anak yang dikasihi, yang sentiasa
doakan "Ya Allah berilah abah duit, mama duit
" doa anak-anak
menjadi azimat, semangat dan kekuatan untuk terus berusaha dalam mendaki
puncak kejayaan.
KEPADA SEMUA WAKIL PEMASARAN
Terima kasih yang tidak ternilai diucapkan di atas sokongan, keyakinan
dan kepercayaan yang diberikan kepada MMA Group mudah-mudahan segala sokongan
yang diberikan mendapat ganjaran daripada Allah SWT dunia dan akhirat.
MMA Group diilhamkan hasil hidayah daripada Allah SWT selepas saya menemani
ibu mengerjakan ibadah haji pada tahun 2004 ketika itu saya masih lagi
berkhidmat sebagai pengurus salah sebuah syarikat motivasi, dalam keadaan
yang keliru dan tercari-cari halatuju saya mengambil peluang ketika di
bumi ambiak di sana saya memanafaatkan setiap ruang dan peluang berada
di tempat-tempat mutajab berdoa agar Allah SWT memberikan petunjuk dan
hidayah di dalam membuat keputusan yang terbaik demi masa depan saya sekeluarga,
alhamdulillah setelah 1 tahun akhirnya Allah SWT memberikan saya kekuatan
untuk meletak jawatan dan memulakan langkah pertama bermodalkan semangat
dan air mata.
| Gambar
Sebelum |
|
Gambar
Selepas |
 |
|
 |
Senyum Dalam Tangisan
Gambar hari PERTAMA yang diambil oleh isteri saat memulakan
kehidupan baru, ketika ini 1001 persoalan berjaya atau gagal
dalam bisnes hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.
|
|
Syukur Alhamdulillah
Gambar setelah 1 tahun bisnes mula berkembang, ketika ini macam-macam
peluang yang datang. Semua ini berkat doa ibu, sokongan isteri,
rakan-rakan dan doa semua pihak..
|
|
Sesungguhnya untuk berjaya dalam perniagaan bukannya
sesuatu yang mudah ianya memerlukan pengorbanan, kesanggupan, keyakinan
dan keberanian saya bukanlah orang yang layak bercakap soal kejayaan tetapi
apa yang saya lalui mungkin sedikit sebanyak boleh dikongsikan bersama,
dengan memulakan perniagaan tanpa pinjaman, hanya bergantung atas kepercayaan
rakan-rakan Usahawan herba yang telah lama bertapak dan berjaya.
Apa yang ingin dikongsikan di sini modal yang paling
penting, yang paling berharga dan yang paling bernilai ialah DIRI SENDIRI
"Jangan sesekali menggugat kepercayaan yang diberikan oleh orang
lain terhadap diri kita, kerana sekali orang tidak percaya orang tidak
akan percaya selama-lamanya" JUJUR, IKHLAS dan AMANAH itu prinsip
yang dipegang. Saya masih ingat kata-kata azimat dari seorang guru semasa
di bangku sekolah kataNya:
"Kalau kita berjaya dalam akademik tak semestinya
kita berjaya dalam hidup, dan kalau kita gagal dalam akademik tak semestinya
kita gagal dalam hidup, yang penting kita mesti Rajin, Berusaha dan Bertawakkal
pada Allah SWT", Terima kasih kepada Ustazah Shamsiah, Sek.
Men. Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu semasa saya masih tercari-cari halatuju
dan pegangan hidup kata-kata ini mengingatkan kembali siapa diri saya
yang sebenar.
Wang tidak menjanjikan kejayaan, wang tidak menjanjikan
ketenangan, wang juga tidak menjanjikan kebahagiaan malahan ramai yang
gagal dalam hidup kerana wang, ramai yang lupa diri kerana wang dan ramai
yang sanggup lakukan apa sahaja untuk wang, tanpa memikirkan halal atau
haram, dosa atau pahala asalkan matlamat duniawi tercapai. Tidak dinafikan
wang adalah penting untuk kehidupan, kesenangan, keselesaan hidup malahan
dengan wang kita mampu berzakat dan membuat seberapa banyak kebajikan.
KEPUASAN HIDUP ADALAH PERJUANGAN
KEPUASAN PERJUANGAN
ADALAH KEMENANGAN
DAN KEMENANGAN HANYA DI MILIKI OLEH MANUSIA YANG
BERANI! TANPA KEBERANIAN MIMPI TIDAK AKAN JADI KENYATAAN.
Kepada rakan-rakan marilah bersama MMA Group sama-sama
kita berusaha, berdoa dan bertawakkal pada Allah SWT, tanamkan dalam diri
rasa syukur dengan apa yang dianugerahkan oleh Allah SWT perbetulkan niat
(nawaitu) kita ikhlas berniaga kerana Allah untuk membantu orang lain
insyaAllah mudah-mudahan perniagaan yang kita bina atas dasar Taqwa mampu
bersaing walaupun berjuta produk di luar sana, saya yakin dengan pertolongan
Allah SWT setiap mereka yang mengamalkan pasti mendapat kebaikan, yang
penting lakukan yang TERBAIK dan TERMAMPU oleh kita. Mudah-mudahan
dengan pelancaran "Setiap pembelian 1 produk MMA RM1 akan
diwakafkan untuk pembinaan surau, membantu fakir miskin, anak-anak yatim,
serta golongan yang memerlukan, semoga apa yang kita usahakan Allah SWT
melipat gandakan rezeki dan memudahkan segala urusan harian kita. Amin
Ya Rabbal 'Alamin.
Salam Perjuangan
Salam Kejayaan.
|