mmagroup.com.my : Pengeluar Produk Herba Kopi Mas Ayu Plus Collagen, Kopi Go Power, Therapy Lotion dan Syarikat Pengurusan Iklan Radio, TV dan Media Cetak
PRODUK - KOPI MAS AYU PLUS COLLAGEN
Untitled
Alhamdulillah syukur diatas Rahmat Allah SWT kerana dengan
izinNya kini MMA Group telah mengeluarkan beberapa produk-produk yang
berkualiti, berkhasiat sebagai produk pilihan pengguna. Disamping memberi
peluang kepada wakil-wakil pemasaran dan rakan niaga, dengan izin Allah
jua produk-produk ini telah berjaya membantu mengembalikan tahap kesihatan
pengguna-pengguna yang sebilangan besarnya kini telah menjadi wakil pemasaran
dan rakan niaga di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak, Brunei dan
Indonesia.
Antara produk-produk yang dikeluarkan oleh MMA Group
ialah:
KOPI MAS AYU PLUS COLLAGEN 11 HERBA TERBAIK DALAM 1 SACHETS
Minuman Pelengkap yang diformulasikan
dengan ekstrak 11 herba terbaik dalam 1 sachets dipercayai dapat
membantu masalah dalaman khususnya bagi masalah-masalah wanita disamping
luaran sekiranya diamalkan secara konsistant (berterusan). Terbaik
amalkan minum sekurang-kurangnya pagi dan malam.
Antara herba-herba terbaik yang
digunakan ialah:
KACIP
FATIMAH
Mempercepatkan pemulihan rahim
dan saluran peranakan.
Mengencangkan payudara dan otot
abdomen.
Memperkuat, menegangkan dan
mengecutkan kembali otot faraj yang hilang ketegangan akibat
proses penuaan ataupun selepas bersalin.
Mengembalikan sensasi dan keberahian
semasa hubungan kelamin.
Berkesan untuk keputihan berlebihan
(leukorea) uterus.
HABBATUS
SAUDA
Merangsang tenaga dan memulihkan
kepenatan dan semangat.
Berupaya memulihkan penyakit
seperti batuk, masalah perut, kecacingan.
Masalah kulit seperti jeragat.
Sakit senggugut dan haid.
Menambah susu badan wanita dan
lain-lain.
MANJAKANI
Penawar kepada penyakit keputihan
yang dialami oleh ramai wanita.
Juga sinonim dengan fungsinya
yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri, bertindak sebagai
astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya
selepas melahirkan anak.
Ia juga dapat mengurangkan lelehan
mukus dan juga membantu menstabilkan hormon, melancarkan darah
dan memberi tenaga.
Asid galik yang terdapat di
dalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis
dan asma. Anti oksidannya juga dapat mencegah kanser payudara
dan kanser rahim.
Ia juga dapat membantu melawaskan
pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang
tinggi.
GINSENG
Tenaga penjana kehidupan, memulihkan
limpa dan menguatkan fungsi paru-paru.
Menenangkan fikiran dan merangsang
fungsi mental.
Memulihkan rasa lemah badan,
melancarkan perkumuhan di samping menghilangkan dahaga.
Membantu melegakan masalah anemia
di samping menguatkan otot serta membaiki kulit.
Mencegah kehilangan lembapan
daripada kulit.
Bertindak untuk melambatkan
penuaan dengan cara memanjangkan hayat sel sihat.
Mempercepatkan penukaran sel
yang lanjut usia.
Merangsang pertumbuhan rambut
serta menghitamkan rambut beruban.
Meningkatkan ingatan jangka
pendek, kelajuan, ketajaman dan daya konsentrasi mental.
Membantu mengatasi masalah orang
yang lanjut usia yang senang mengalami pening kepala, sakit
dada, lesu, tiada selera makan sukar tidur lena.
Meningkatkan pengeluaran sel
darah merah.
Meningkatkan pengambilan oksigen
semasa bernafas.
Mencegah pertambahan berat badan
dengan meningkatkan kadar metabolisma, dengan itu, lebih banyak
tenaga terhasil daripada makanan supaya ia tidak disimpan
dalam bentuk lemak.
Menurunkan paras lipid ketupatan
rendah iaitu kolestrol jahat di dalam darah.
Mencegah timbunan lemak pada
salur darah yang menghalang aliran darah.
Mencegah risiko sakit jantung
dan strok.
Menormalkan tekanan darah, meningkatkan
fungsi jantung serta melegakan arrhythmia, iaitu degupan jantung
yang tidak teratur.
SERAPAT
Herba ini merupakan ramuan terbaik
untuk wanita, terutama yang sering melahirkan, setelah bersalin
dan wanita yang mengalami masalah kesihatan seperti:
Sakit pinggang, letih, haid
tidak lancar dan kebas kaki dan tangan (kesemutan).
Khasiat lainnya adalah:
Melancarkan haid, awet muda,
menghilangkan keputihan, menghilangkan sakit pinggang dan
keletihan, mengecilkan rahim, meningkatkan kekuatan tulang,
melancarkan pembuangan air kecil dan memperhalusi kulit.
MAS
COTEK
Mengecutkan rahim untuk perempuan
yang baru lepas bersalin.
Mengandungi Flavonoid yang merupakan
anti oksida yang kuat di mana ianya membantu mengekalkan peredaran
darah yang sihat, anti-radang, melindungi hati dan astrogen.
Kandungan Tannins dapat menegangkan
tisu yang kendur.
Kandungan Triterpenoids dapat
membuang serta mengeluarkan kahak dan membantu penyerapan
nutrient.
Kandungan Phenols dapat mengurang
dan menghilangkan bengkak dan sifat anti Septic.
PUERARIA
MIRIFICA
Diambil sebagai pemakanan kesihatan,
kandungan phyto-estrogennya akan mengurangkan masalah yang
disebabkan oleh proses penuaan dan ketidakstabilan estrogen,
seperti kekenduran payudara, kedutan kulit, kerapuhan tulang,
rambut beruban dan lain-lain. Pada suatu peringkat, tanda
dan kesan penuaan ini dapat dihapuskan. Antara khasiat mirifica
(bidadari putih) ialah :
Mengekalkan kesemua ciri-ciri
seksual wanita.
Mengekalkan kesihatan badan
wanita.
Anti sindrom menopause.
Menegangkan payudara.
Melegakan simpton menopause.
Menegang dan mencantikkan kulit.
Bersifat anti penuaan dan mengekalkan
keremajaan wanita.
Merangsang peredaran darah.
Meningkatkan ingatan.
Menambah selera.
Mengurangkan kedut-kedut di
kulit.
Menghalang penuaan pra matang
pada rambut (melambatkan uban).
Menyuburkan rambut dan menghilangkannya.
Meningkatkan tenaga.
FISH
COLAGEN
Untuk
produk Mas Ayu kolagen yang digunakan adalah daripada Fish Colagen
yang diimport daripada Korea. Kajian membuktikan pengambilan kolagen
secara berterusan membantu mengekalkan awet muda dan mempunyai
banyak kebaikan untuk kesihatan, oleh sebab kolagen membentuk
75% daripada kulit badan maka kehadiran kolagen amat penting untuk
membina dan mengekalkan kulit yang sihat.
Kekurangan kolagen dalam badan akan menyebabkan kulit menjadi
tidak bermaya dan menyebabkan berlakunya kedutan serta penuaan
pada kulit. Bagi mereka yang mengetahui akan khasiat kolagen mereka
pasti mengamalkannya sebagai penawar bagi mengekal dan mengembalikan
kekuatan dan ketahanan kulit supaya wajah kelihatan muda. Kolagen
amat mujarab untuk menghalang parut yang berpunca daripada jerawat.
Kajian Jerman pada 1995 menunjukkan penggunaan jangka panjang
kolagen meningkatkan kestabilan dan ketahanan struktur protein.
Ini memperbaiki kualiti kuku rapuh dan menghalang keguguran rambut.
Ketika tidur asid amino yang dihasilkan oleh kolagen digunakan
oleh badan untuk membina tisu otot dan membantu pembinaan bentuk
badan, otot tulang dan sendi yang lebih kukuh, kolagen juga berkesan
dalam rawatan osteoarthritis (sakit sendi dan tulang) ini telah
dibuktikan oleh Pengarah Institut Artritis Universiti Cleveland
dan Presiden Persatuan Penyelidikan Osteoartritis Antarabangsa.
Kajian dari Jerman dan Czechoslovakia turut mencadangkan pemakanan
7 hingga 10 gram kolagen sehari selama 1 bulan hingga 3 bulan
akan mengurangkan kesakitan dan ketegangan akibat arthritis (sakit
sendi dan tulang). Pengambilan sebelum tidur adalah disyorkan.
mmagroup.com.my : Pengeluar Produk Herba Kopi Mas Ayu Plus Collagen, Kopi
Go Power, Therapy Lotion dan Syarikat Pengurusan Iklan Radio, TV dan Media Cetak
Date
KATA-KATA ALUAN
Pengarah
Urusan - YM. Hj Tengku Osman bin Tengku Mohamad
Assalamualaikum
wth dan salam sejahtera
Pertama sekali saya panjatkan rasa syukur kehadrat Allah SWT di atas segala
Rahmat dan Nikmat yang diberikan dan semoga segala Rahmat dan Nikmat ini
dapat dikongsikan bersama, saya yakin sekiranya kita memberikan 1 peluang
kepada orang yang memerlukan, Allah SWT pasti akan membuka banyak peluang
untuk kita usahakan dan adakalanya apa yang kita miliki hari ini mungkin
ada hak orang lain yang perlu ditunaikan yang mana Allah SWT jadikan kita
sebagai penyebab, inilah yang dikatakan berkongsi perniagaan dan berkongsi
keuntungan maka nikmat yang Allah berikan dapat dikongsikan bersama. Baca
Selanjutnya >>
mmagroup.com.my : Pengeluar Produk Herba Kopi Mas Ayu Plus Collagen, Kopi Go Power, Therapy Lotion dan Syarikat Pengurusan Iklan Radio, TV dan Media Cetak
Anda
adalah Pengunjung yang ke
sejak Jan 2010.
Hak Milik Terpelihara MMA GROUP 2010 - mmagroup.com.my
Laman Web dibangunkan oleh Dumei
Dot Com