mmagroup.com.my : Pengeluar Produk Herba Kopi Kenali, Kopi Mas Ayu Plus Collagen, Kopi Go Power, Therapy Lotion dan Syarikat Pengurusan Iklan Radio, TV dan Media Cetak
PRODUK - KOPI KENALI
Untitled
11 HERBA
TERBAIK DALAM 1 SACHETS
Minuman Pelengkap Kenali merupakan
kombinasi herba dan pemakanan sunnah ianya diformulasikan dengan ekstrak
11 herba terbaik dalam 1 sachets, dipercayai dapat membantu masalah
dalaman khususnya bagi masalah-masalah lelaki dan juga wanita yang manghadapi
masalah letih lesu dan tidak bertenaga sekiranya diamalkan secara konsistant
(berterusan). Disarankan minum pagi dan malam sebelum tidur.
APA KATA PENGAMAL KOPI KENALI
Suhaimi bin Abdul Rahman
No.3, Jalan Nusaputra 4/1A, Bandar Nusaputra 47130 Puchong, Selangor.
HP: 016-8105361
Sebelum ini saya ada masalah batu karang, bermacam ubat dan makanan
kesihatan dah cuba tapi macam tu juga. Bila dah elok sikit jadi
lagi batu karang, makan nak kena jaga kalau salah makan sakit
semula. Alhamdulillah .saya cuba Mas Ayu Kolagen hampir sekotak
dan diperkenalkan oleh Tn. Hj. Tengku Osman kopi KENALI. Baru
1 sachet kopi Kenali saya minum esoknya bila kencing keluar batu
karang sebesar kepala mancis dan berpasir, pinggang pun dah tak
sakit lagi syukur. Saya cuba makan makanan yang saya pantang
selama ini dan minum kopi Kenali pagi dan malam alhamdulillah
sakit batu karang tak datang lagi. Kini saya amalkan Mas Ayu dan
kopi Kenali tiap-tiap hari, harganya pun berpatutan terima
kasih.
Puan daripada Batu Gajah, Perak.
(Maklumat tidak dapat dimasukkan atas permintaan beliau)
Sebelum ini saya mempunyai masalah dalaman dimana bila bersama
suami terasa longgar, risau keadaan tersebut saya telah cuba bermacam-macam
produk tetapi tidak berhasil, setelah disarankan oleh wakil pemasaran
MMA supaya saya mencuba Kenali, baru cuba 1 kotak hasilnya alhamdulillah
betul-betul menakjubkan kesemua masalah dalaman saya terasa perbezaan
yang begitu ketara, terasa kecut , rapat dan ketat bila bersama.
Saya betul-betul berpuashati dengan produk MMA RM28 bukanlah nilainya
jika dibandingkan dengan khasiat dan kebaikkannya.
Antara herba-herba
terbaik yang digunakan ialah :
GUARANA
(PAULLINA CUPANA)
Pengakuan Pakar Sarjana Perancis Gonseiu Duhhjafa
menyebut dalam sebuah laporan berjudul The Products of Guarana
katanya "Guarana adalah 100% organik". Ia mengandungi
sebilangan besar bahan organik seperti guaranin dan tannin yang
baik kepada badan manusia. Dengan ini, ia mendapat nama harum
sebagai ubat awet muda. Ia kaya dengan guaranin yang boleh diserap
oleh badan manusia secara perlahan. Pentadbiran Pemakanan dan
Perubatan (FDA) Amerika Syarikat, selain Institut Pasteur, telah
mengiktiraf Guarana sebagai makanan kesihatan semulajadi.
Dr. Berredo Carneiro dari Brazil, sarjana Eropah seperti Dr. Martins
Deehastelus, Peekalt Greene dan Dr. Nirsleiner mengesahkan dalam
laporan kajian mereka bahawa: "Guarana mempunyai kemujaraban
yang mengagumkan". Ia mempunyai kesan diuretik dan hipotemia,
baik bagi perut dan usus, selain dapat meningkatkan pencernaan,
penyerapan nutrien dan keupayaan seks. Ia juga menggalakkan metabolisme
organ badan dan memperbaiki tisu organ dalaman. "Ahli bio
kimia Paul De Cointe menjelaskan : "Guarana adalah sejenis
ubat penenang saraf yang dapat melegakan ketegangan. Ia sejenis
buah yang dapat mencegah arteriosklerosis, menguatkan jantung,
berkesan terhadap sakit kepala dan neuralgia". Antara kebaikan
Guarana membantu masalah kelesuan yang kronik, mental dan fizikal
lemah, kesukaran bernafas, sistem ketahanan badan yang lemah,
fungsi seks yang tidak sempurna, demam, jangkitan, keresahan,
tekanan, cirit-birit, kesakitan, penuaan, pencemaran dan pembekuan
darah, kegemukan, sakit perut kerana makanan tidak hadam, arteriosklerosis,
masalah merokok, kesakitan kedatangan haid, tekanan darah tinggi
dan diabetis.
UBI
JAGA (SMILAX MYOSOTIFLORA)
Kegunaan utama ubi jaga ialah sebagai afrodisiak
untuk merangsang seks. Untuk tujuan ini ubi yang juga merupakan
akarnya digunakan. Daun dan buahnya boleh digunakan sebagai penawar
penyakit sifilis dengan cara merebus daun dan buah ubi jaga dan
airnya diminum. Ia juga boleh mengubat demam dengan kaedah yang
sama.
TRIBULUS
Merangsang hubungan suami isteri, melancarkan
tenaga kelelakian (tenaga batin), melazatkan jimak dan melambatkan
klimaks, menghilangkan kebas-kebas, sengal-sengal sendi, menghilangkan
sakit otot dan urat, melawaskan pembuangan najis, membuang angin,
meningkatkan pengeluaran hormon, merawat masalah resdung, mencuci
buah pinggang, membantu menyelesaikan masalah paru-paru berair,
kencing manis dan darah tinggi, awet muda, melancarkan peredaran
darah, membuang toksin dan racun dalam badan dan merawat ghout.
GINSENG
Tenaga penjana kehidupan, memulihkan
limpa dan menguatkan fungsi paru-paru.
Menenangkan fikiran dan merangsang
fungsi mental.
Memulihkan rasa lemah badan,
melancarkan perkumuhan di samping menghilangkan dahaga.
Membantu melegakan masalah anemia
di samping menguatkan otot serta membaiki kulit.
Mencegah kehilangan lembapan
daripada kulit.
Bertindak untuk melambatkan
penuaan dengan cara memanjangkan hayat sel sihat.
Mempercepatkan penukaran sel
yang lanjut usia.
Merangsang pertumbuhan rambut
serta menghitamkan rambut beruban.
Meningkatkan ingatan jangka
pendek, kelajuan, ketajaman dan daya konsentrasi mental.
Membantu mengatasi masalah orang
yang lanjut usia yang senang mengalami pening kepala, sakit
dada, lesu, tiada selera makan sukar tidur lena.
Meningkatkan pengeluaran sel
darah merah.
Meningkatkan pengambilan oksigen
semasa bernafas.
Mencegah pertambahan berat badan
dengan meningkatkan kadar metabolisma, dengan itu, lebih banyak
tenaga terhasil daripada makanan supaya ia tidak disimpan
dalam bentuk lemak.
Menurunkan paras lipid ketupatan
rendah iaitu kolestrol jahat di dalam darah.
Mencegah timbunan lemak pada
salur darah yang menghalang aliran darah.
Mencegah risiko sakit jantung
dan strok.
Menormalkan tekanan darah, meningkatkan
fungsi jantung serta melegakan arrhythmia, iaitu degupan jantung
yang tidak teratur.
MACA
: Sesuai untuk Lelaki dan Wanita.
Apa itu MACA?
MACA adalah sejenis ubi yang tumbuh pada 12,500-14,00 kaki dari
aras laut di atas Banjaran Gunung Andes Plateaux, Peru. Maca telah
ditemui oleh seorang doktor wanita, iaitu Dr. Chacon. Maca adalah
satu-satunya tumbuhan yang boleh hidup pada ketinggian tersebut
berikutan keadaan suhu yang terlampau : terlalu panas pada waktu
siang dan terlalu sejuk pada waktu malam. Tanah tempat tumbuhnya
Maca mempunyai kandungan garam galian yang tinggi menjadikan tumbuhan
Maca kaya dengan khasiat nutrisi, keperluan asid amino dan asid
lemak penting.
Tumbuhan Maca ini tergolong dalam spesis kentang. Warna kulitnya
seakan-akan sama seperti kentang, tetapi bentuknya seperti lobak
besar. Maca mempunyai rasa manis. Di Peru, Maca digunakan dalam
pelbagai cara : mentah, dibakar atau dikeringkan. Masyarakat Peru
membuat biskut, tart, emping dan minuman menggunakan Maca. Di
Eropah dan Amerika Utara, Maca lebih dikenali dalam bentuk kering,
kapsul atau gelatin. Akar Maca boleh dikeringkan dan diproses,
dimana ia boleh disimpan selama beberapa tahun lamanya.
Maca untuk lelaki dan wanita, Maca digunakan sebagai makanan
tambahan yang bersifat semulajadi, menyegarkan dan meransang libido
(tenaga
seksual). Oleh sebab itu, tumbuhan ini mempunyai gelaran "Peruvian
Viagra" atau "Peruvian Ginseng". Maca mempunyai
bukti saintifik yang kukuh terhadap kaedah penggunaan dan keberkesanannya.
Orang ramai sering memanggil Maca sebagai Peruvian Ginseng atau
Viagra Semulajadi.
Adakah MACA Sejenis Ubat?
Maca bukan sejenis ubat. Maca merupakan makanan bernutrisi yang
berkhasiat tinggi dengan ciri-ciri perubatan. Masyarakat populasi
tempatan telah menggunakan tumbuhan ini sejak beribu tahun.
Sehingga ke hari ini, masyarakat Peru menggunakan Maca sebagai
sumber tenaga sepertimana negara-negara lain di Amerika Utara,
Amerika Selatan dan Eropah. Maca lebih dikenali sebagai "Peruvian
Viagra" atau "Peruvian Ginseng" kerana ia membantu
meransang libido (tenaga seksual) lelaki dan wanita. Walaubagaimanapun
Maca mempunyai banyak khasiat lainnya. Maca merupakan 100% produk
semulajadi yang tidak mempuyai kesan sampingan negatif.
Kandungan yang terdapat dalam MACA
Carbohydrate :
Membekalkan tenaga pada sel otot dan mencegah kelesuan otot
Meresap ke bendalir seminal untuk memberi tenaga kepada spermatozoids.
Meningkatkan tahap aktiviti spermatozoids.
Proteins :
Mencegah kemandulan pada lelaki dan wanita kerana asid amino
adalah juzuk sel pembiakan.
Lipids :
Mencegah kemerosotan keinginan seks dan disfungsi seks yang
berkaitan dengan kekurangan hormon.
Asid lemak diperlukan untuk sistesis hormone.
Fiber :
Mencuci saluran penghadaman.
Memperbaiki penyerapan nutrient.
Minerals : Diperlukan dalam penghasilan tenaga dan pembentukan
tulang.
Vitamins :
Diperlukan dalam penghasilan tenaga, pengeluaran hormon dan
memperbaiki fungsi kardiovaskular (jantung).
Alkaloids :
Merangsang sistem pembiakan untuk kedua-dua lelaki dan wanita
Merangsang aturan kalsium dan fosforus. Mengukuhkan tulang.
MACA sterols :
Meningkatkan kesuburan wanita dan memperbaiki masalah menopause.
HABBATUS
SAUDA (NIGELLA SATIVA)
Habbatus sauda (Black Seed) yang tumbuh
di Mesir, India dan di Negara-negara Laut Tengah, kaya dengan
vitamin, mineral dan serat makanan untuk meningkatkan sistem
imunisasi dan sebagai penawar segala jenis penyakit. Habbatus
Sauda juga untuk meningkatkan sistem penghadaman dan melancarkan
sistem pernafasan. Bijirin Hitam (Habbatus Sauda) amat baik
bagi mereka yang mengalami masalah lelah, mengandungi kadungan
vitamin dan mineral yang penting bagi membantu mengekalkan
kesihatan tubuh badan. Ia juga meningkatkan pengeluaran
susu ibu yang menyusu, membantu menambah rangsangan seksual,
baik bagi penyakit ghout dan amat digalakkan dimakan secara
pengambilan supplemen/makanan tambahan.
FISH
COLAGEN
Untuk
produk Mas Ayu kolagen yang digunakan adalah daripada Fish Colagen
yang diimport daripada Korea. Kajian membuktikan pengambilan kolagen
secara berterusan membantu mengekalkan awet muda dan mempunyai
banyak kebaikan untuk kesihatan, oleh sebab kolagen membentuk
75% daripada kulit badan maka kehadiran kolagen amat penting untuk
membina dan mengekalkan kulit yang sihat.
Kekurangan kolagen dalam badan akan menyebabkan kulit menjadi
tidak bermaya dan menyebabkan berlakunya kedutan serta penuaan
pada kulit. Bagi mereka yang mengetahui akan khasiat kolagen mereka
pasti mengamalkannya sebagai penawar bagi mengekal dan mengembalikan
kekuatan dan ketahanan kulit supaya wajah kelihatan muda. Kolagen
amat mujarab untuk menghalang parut yang berpunca daripada jerawat.
Kajian Jerman pada 1995 menunjukkan penggunaan jangka panjang
kolagen meningkatkan kestabilan dan ketahanan struktur protein.
Ini memperbaiki kualiti kuku rapuh dan menghalang keguguran rambut.
Ketika tidur asid amino yang dihasilkan oleh kolagen digunakan
oleh badan untuk membina tisu otot dan membantu pembinaan bentuk
badan, otot tulang dan sendi yang lebih kukuh, kolagen juga berkesan
dalam rawatan osteoarthritis (sakit sendi dan tulang) ini telah
dibuktikan oleh Pengarah Institut Artritis Universiti Cleveland
dan Presiden Persatuan Penyelidikan Osteoartritis Antarabangsa.
Kajian dari Jerman dan Czechoslovakia turut mencadangkan pemakanan
7 hingga 10 gram kolagen sehari selama 1 bulan hingga 3 bulan
akan mengurangkan kesakitan dan ketegangan akibat arthritis (sakit
sendi dan tulang). Pengambilan sebelum tidur adalah disyorkan.
ZA'FARAN
Za'faran ialah sejenis bunga yang paling berharga
dan mempunyai banyak khasiat dan terkenal kegunaannya dalam bidang
perubatan. Ia juga digunakan sebagai bahan campuran semulajadi
dalam pelbagai jenis makanan dan minuman serta di bidang kosmetik.
Antara dalil kenyataan Saidina Ali (k.w.):
" Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun
satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak
dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang
ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir".
KHASIAT ZA'FARAN
Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak
dan tonsil.
Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema.
Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit
buah pinggang.
Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia).
Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser,
lumpuh.
Bengkak hati atau hipatitis A dan B.
Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut.
Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut.
Menambahkan tenaga zahir dan batin.
Masalah mati pucuk, sembelit.
Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak.
Awet muda dengan kulit cerah dan bersih.
Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing.
Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi.
Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu.
Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan.
Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan
pelbagai penyakit lain, insya' Allah.
HALBA
Rasulullah saw bersabda :
" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka
sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas "
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi
Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib.
Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau
mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin
Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya
bersabda :
"Gunakanlah Halba sebagai ubat"
KHASIAT HALBA
Melancarkan haid
Menghilangkan kembung,sebu dan senak
Pencuci perut
Menguatkan jantung
Menghilangkan lender tekak
Melegakan sakit kepala/ migraine
Membuang angin
Menyembuhkan buasir
Senggugut
Merangsang rahim
Kegemukan
Kurang berat badan
Mengawal kencing manis
Radang kulit dan Bisul
Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
Anemia
Kecergasan
Kekuatan badan
Tumbesaran
Banyakkan air susu
Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan
wanita.
Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno
tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan
yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates)
iaitu bapa perubatan Yunani.
mmagroup.com.my : Pengeluar Produk Herba Kopi Mas Ayu Plus Collagen, Kopi
Go Power, Therapy Lotion dan Syarikat Pengurusan Iklan Radio, TV dan Media Cetak
Date
KATA-KATA ALUAN
Pengarah
Urusan - YM. Hj Tengku Osman bin Tengku Mohamad
Assalamualaikum
wth dan salam sejahtera
Pertama sekali saya panjatkan rasa syukur kehadrat Allah SWT di atas segala
Rahmat dan Nikmat yang diberikan dan semoga segala Rahmat dan Nikmat ini
dapat dikongsikan bersama, saya yakin sekiranya kita memberikan 1 peluang
kepada orang yang memerlukan, Allah SWT pasti akan membuka banyak peluang
untuk kita usahakan dan adakalanya apa yang kita miliki hari ini mungkin
ada hak orang lain yang perlu ditunaikan yang mana Allah SWT jadikan kita
sebagai penyebab, inilah yang dikatakan berkongsi perniagaan dan berkongsi
keuntungan maka nikmat yang Allah berikan dapat dikongsikan bersama. Baca
Selanjutnya >>
mmagroup.com.my : Pengeluar Produk Herba Kopi Mas Ayu Plus Collagen, Kopi Go Power, Therapy Lotion dan Syarikat Pengurusan Iklan Radio, TV dan Media Cetak
Anda
adalah Pengunjung yang ke
sejak Jan 2010.
Hak Milik Terpelihara MMA GROUP 2010 - mmagroup.com.my
Laman Web dibangunkan oleh Dumei
Dot Com