|
Soalan:
Boleh ke Mas Ayu diminum oleh lelaki dan Go Power diminum oleh wanita?
Jawapan:
Boleh diminum dan diamalkan oleh lelaki dan wanita ini terbukti setelah
ramai pengguna yang telah mengamalkan mendapat manafaat dengan izin Allah
malahan terdapat banyak pengakuan daripada pengguna (sila rujuk pada maklumat
pengakuan pengguna).
Soalan:
Boleh ke ibu yang mengandung minum produk ini?
Jawapan:
Sekiranya sebelum mengandung ibu tersebut telah amalkannya tiba-tiba didapati
mengandung boleh terus minum macam biasa kerana telah sesuai, tetapi sekiranya
belum pernah, disarankan peringkat awal minum ½ sachets dahulu
untuk memberikan tenaga dan sekiranya badan dah boleh menerima boleh minum
macam biasa ini bagi membantu membanyakkan susu badan, memberikan tenaga
terutamanya ibu-ibu lepas bersalin dalam pantang.
Soalan:
Boleh ke produk ini diamalkan
sekiranya saya ada menggunakan ubat hospital?
Jawapan:
Boleh
malahan kalau telah menggunakan ubat hospital terus amalkan
macam biasa sehingga doctor mengesahkan tidak perlu lagi ubat baru berhenti
dan produk herba ini terus amalkan macam biasa kerana terdapat beberapa
kes yang dirujuk kepada doctor pakar sembuh dengan izin Allah seperti
Puan Kartina kes ketumbuhan luar rahim daripada Sarawak.
Soalan:
Bagaimana kalau tak boleh minum kopi atau susu?
Jawapan:
Kes sebegini telah banyak saya temui malahan bagi membuktikan produk ini
berbeza dan lain dari produk-produk yang lain ada wakil MMA beri dulu
kepada pelanggan dan membuat perjanjian "sekiranya boleh minum bayar
dan kalau tak boleh minum buang dalam tong sampah" alhamdulillah
setelah minum habis sekotak order lagi 5 kotak dan sekarang telah menjadi
wakil pemasaran MMA.
Soalan:
Bagaimana cara minum produk ini?
Jawapan:
Boleh diminum pada bila-bila masa, tetapi sekurang-kurangnya diamalkan
waktu pagi, petang atau malam. Maklumat lanjut sila dapatkan khidmat daripada
wakil pemasaran.
Soalan:
Boleh ke produk MMA menyembuhkan masalah kesihatan dan kalau diamalkan
adakah akan ada kesan sampingan?
Jawapan:
Produk MMA bukannya ubat tetapi merupakan formulasi herba terpilih, alhamdulillah
jika dilihat daripada pengakuan pengguna ternyata telah membantu banyak
masalah kesihatan pengguna, produk ini telah diproses dan dianalisa oleh
UKM darisegi kandungan dan bahan-bahannya dan Alhamdulillah tidak ada
bahan atau kandungan yang meragukan. Walau bagaimana pun di samping berusaha
jangan kita lupa berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT kerana apa juga
hasil semuanya dengan izin Allah.
|